Friday 25 December 2015

Trip Jeju island & Seoul November 2015 (PART 1)

Assalamualaikum,

Kali ini Perjalananku untuk kali ke 2 ke Seoul Korea & pertama kali ke Jeju Island..Sangat terujaa...

16/11/15-(isnin)
Hari PERTAMA: (Incheon International Aiport-Gimpo Airport-Jeju Island)

Seoul November 2015
Perjalanan bermula seawal 8 pagi dari KLIA2 - Incheon ..Alhamdullilah semua lancar..Jam 3 pm kami selamat sampai di Incheon International Airport Seoul...di sebabkan ini adalah  ke dua kalinya aku menjejak kan kaki di bumi Seoul ni ..Perasaan 'excited' tu dah bole control sikit..huhu...Keluar dari pintu arrival terus ke 7eleven  yang berada di sebelah kiri untuk 'top up' T money card ( T money macam card Touch n Go,  bole didapati di kebanyakan convenience shop di Korea @ bole dapatkan juga di KTO (Korea Tourist Org di Kuala Lumpur) tapi di KTO anda harus bawa itenarary tiket dan register sebagai ahli terlebih dahulu dan card tu dapat free..
Berbalik cerita asal ,aku top up T money tadi = 50,000 won (untuk 7 hari di sana lebih dari cukup) di cadangkan 40,000 won pun  dah ok jika anda macam kami yang akan guna kan card tu untuk bayar transport sekitar Seoul dan juga untuk membeli makanan2 ringan di 7eleven ,teruntamanya 'Banana Ooyu' (Susu Pisang) .
Masa balik kami refund semula di 7eleven yang sama  untuk dapatkan baki duit dalam tu.. Card tu simpan je la kut akan kesana lagi atau buat kenangan..huhu..


Sebelum bergerak ke Gimpo Airport untuk ke Jeju ,Kami berehat sebentar di Incheon International Airport sambil mencari tempat untuk Solat Jamak..untuk makluman semua di Incheon International Airport Tiada Prayer room untuk Muslim..Prayer room yang terdapat di sini hanya untuk agama lain.dan bilik tu berkunci.Tapi dari bacaan saya di beberapa blog..anda   bole minta kunci dan solat di situ..tapi kami cuma cari tempat yang bersih dan agak sunyi..Jangan lupa bawak kain atau sejadah kecil untuk alas,..Juga bawa bersama travel bottle untuk ke toilet ..

Jam 6 PM hari dah cukup gelap kami bergerak ke Gimpo Airport cuaca dah mulai sejukk..dengan suhu <10 'C..Kami guna Subway (train) dari Incheon airport - Gimpo airport..senang hanya 1 line ke Gimpo Airport.(Di nasihatkan  download Subway Navigator di handphone anda, saya guna subway navigator application samsung sangat senang bole guna offline...tak perlu buka map besar2..& yang penting study awal route yang kita akan pergi)


Di kaunter Jeju Air Gimpo Airport 
Setelah selesai check in  di counter JejuAir ,kami terus ke gate untuk boarding...tapi terpaksa menunggu sejam kerana flight kami akan berlepas jam 8 pm..Al maklum lah seharian perjalanan jadi tak sabar nak sampai ke destinasi..Btw tiket flight Jeju Air ni aku tempah online.sebulan sebelum..So harga yang kami dapat amatlah berbaloi..sekitar <RM200 pergi balik per person..tapi kena pandai dan mesti rajin survey di Jejuair website tengok promo yang di buat. Berbalik pada perjalananku..Jam 8pm dengan menaiki Jeju Air kami terbang ke Pulau Jeju..1st time naik Korea Dosmetic flight..okla wpun flight agak kecil tapi ok la juga ,dapat air orange juice free hehe...
Jeju Air 


Alhamdullilah sejam perjalanan kami selamat sampai Di Jeju International Airport. Jam dah pukul 9 lebih masa tu ..kebanyakan shop dalam Airport dah tutup.Suasana di airport juga sudah mula lengang.

Terus mencari teksi menunju ke Hotel penginapan,yang telah di tempah awal melalui Agoda..bayaran juga telah di buat terlebih dahulu..So budget penginapan dah settled masa di Malaysia..
Akhirnya dengan perjalanan & hari yang amat panjang ,kami selamat tiba di Hotel penginapan kami iaitu Haeduen Hotel Jeju yang terletak amat dekat dengan Jeju Airport..
Haedeun Hotel Jeju

Itulah catatan hari pertama ..sambungan Besok Trip kami Di Pulau Jeju ,menghayati keindahan Pulau ini..Tak sabar...

to be continue JEJU Island November 2015 -Part 2

2 comments:

  1. Check in luggage untuk jejuair free ke?

    ReplyDelete
  2. Harrah's Resort Southern California announces hiring of COO
    Harrah's 김천 출장샵 Resort Southern California has announced the 고양 출장안마 appointment of a 충청북도 출장안마 former COO who 동해 출장안마 will oversee the company's operations in 통영 출장샵 Southern California.

    ReplyDelete