Saturday 26 December 2015

Itaewon / Myeongdong November 2015 (PART 3)

18/11/15-Wednesday


Namsan Guest House-Myeongdong-Itaewon (DAY 3)


KPOP artis -stocking

8.00 am bersiap untuk balik ke Seoul ..ambik teksi dari Haedeun Hotel ke Jeju International Airport..hari hujan ,kabus dan sejuk..plan awal untuk ke Dongmun Traditional Market terpaksa di batalkan dengan cuaca yang tak menyebelahi kami..agak kecewa tapi tak bole nak di elakkan lagi huhu..Insyallah next time..;)



Cuaca yang berkabus dan hujan menyebabkan kami sedikit kelewatan untuk balik ke Seoul..flight sedikit delayed ..So kami decide untuk lunch dulu ..Kami memilih ke 'Lotteria'  yang berada di 1st floor atas  dari counter check in  dan ianya terletak dibelah kiri dari main entrance.Menu pilihan tak lain Burger shrimp..rasanya ok la..tapi bagi aku burger shrimp yang pernah aku try di Lotteria Thamrin City Jakarta lebih sedap kot..entah la selera masing2..tapi mesti cuba baru tau..
Shrimp Burger

Jam 3pm  kami tiba di Gimpo Domestic Airport Seoul..Cuaca masa ni makin sejuk dari hari pertama kami sampai..dan cuaca di Seoul ni sangat sejuk berbanding di Jeju yang berada  di selatan.
Dengan mengangkut bag, apa lagi kami menapak ke tempat penginapan.
Jalan ke Namsan Guest House

Namsan Guest House Di hadapan

Ini Namsan Guest House 3

Meneruskan perjalanan pertama di Seoul ini dengan ke 'Namsan Guest House' untuk Check in..Kami memilih Namsan area kali ini..setelah pertama kali dulu pernah stay di sekitar Itaewon..kali ini Namsan Guest House Pilihan kami.Kenapa Namsan GH? sebab dari banyak GH (Guest House )yang saya survey Namsan mendapat positive komen dari viewers,dari segi lokasi nya yang sgt strategic.Dan setelah check in saya sgt bersetuju Namsan GH adalah lokasi yang amat strategik utk stay ..Sebabnya sgt dekat dengan subway,Myeongdong street,Namdaemun Market,& Namsan cable car..semuanya hanya jalan kaki..    
Kalau anda datang musim sejuk macam ni dinasihat semasa buat booking online pastikan cari Hotel atau Guest House yang ada Heater ..termasuk floor heater ..dan Namsan GH menepati semua tu..
Our Room di Namsan Guest House

Berbalik pada journey hari ke3 ni..setelah menghilangkan penat seketika di bilik kami di Namsan GH 5 yang  selesa ni..dalam kesejukan suhu <9'C kami meneruskan perjalanan ke Itaewon.
Untuk ke Itaewon kami guna subway Line 4 -Myeongdong ke Samgakji Tukar Line 6 terus ke Itaewon.

Untuk yang pertama kali ke Seoul Itaewon adalah kawasan yang mempunyai paling banyak restaurant Halal di Seoul  dan juga terletaknya Masjid Seoul.Selain itu Di Itaewon juga penuh dengan Pub dan Bar..dan ramai warga asing dapat dilihat disini..
Itaewon 


 Oklah..Dari Itaewon station tadi cari  exit 3 untuk ke 'Central Seoul Mosque ' , Siti Sarah ,Muree Restaurant & Eid restaurant juga.

Keluar exit 3 jalan ke kanan terus sehingga jumpa Mr Kebab terus belok ke kanan jalan terus dan bila nampak selekoh terus belok kiri.Di situ anda akan menapak di atas bukit yang agak curam huhu..
Di perjalanan ni Restaurant Siti Sarah yang akan kita jumpa 1st di sebelah kiri..Restaurant Siti Sarah ni Terkenal dengan makanan Indonesia juga..seterusnya Restaurant Muree akan kita lihat di sebelah Kanan dan jika terus keatas lagi kita akan jumpa Masjid besar Seoul @ 'Seoul Central Mosque' di sebelah kiri.Dan kalau jalan terus lagi di hadapan terdapat lagi 1 Restaurant Halal milik Korean Muslim iaitu 'Eid Restaurant'
Menu kami  di Eid Restaurant 

Muka kenyang Dinner Di Eid Restaurant

Memang di sepanjang Jalan ini pelbagai restaurant kita dapat lihat...pelbagai cuisine ada..arabian,korean food dan tak ketinggalan masakan nusantara.

Setelah dinner di Muree restaurant kami meneruskan perjalanan ke Masjid Seoul..Permandangan Yang sangat cantik di waktu Malam..Tiba-tiba rasa terharu pulak ,di tengah kota Seoul yang terkenal dengan Kpop ini tersergam 1 Masjid yang di bina di atas bukit yg boleh menampakkan hampir keseluruhan bandar Seoul ini..Subhanallah...Kagum seketika...
Seoul Central Mosque
Tempat Solat Muslimat- kena naik atas

Notice di dalam Masjid

Matahari terbenam di Itaewon

Hari semakin malam kami balik semula ke Namsan ..sebelum balik ke Guest house kami singgah  dulu di Myeongdong street yg hanya beberapa minit jalan kaki dari tempat penginapan kami..Di Myeongdong street ni terdapat banyak kedai dan stall yang masih dibuka sehingga lewat malam..dan di sini juga anda harus cuba sotong bakar,potato cheese roll yang sangat sedap..
Myeongdong Street

Myeongdong adalah salah 1 tempat shopping yg paling famous di Seoul.Terdapat kedai2 jenama terkenal di sini dan juga stall2  dengan harga yang berpatutan.

Nature Republic Myeongdong - Deco yang cantik

Lagi satu kami akan mengunakan Subway (train macam LRT) sebagai pengangkutan utama di bandar Seoul..dan setiap hari kami akan turun di Myeondong station untuk ke tempat kami stay..yang saya nk cerita di sini di Myeongdong station bukan setakat station tapi bila keluar je exit tu dah ada banyak kedai2 seperti kedai pakaian,kedai makan,kedai merchandised artis k -pop pun ada kat situ..jadi tersangat la convenience...untuk sapa2 yang suka shopping hehe..

Gambar Delimanjoo -di bawah ni menunjukkan kedai di sepanjang exit subway Myeongdong Station.
Biskut Berinti Coklat -Nak kena ketuk sebelum makan..1 = 3,000 w

Kedai favourite Deli Manjoo.-Bahulu panas sangat sedap..


Butik TonyMoly Di Seoul

To be continue...Nami Island & Dongdaemun -Part 4






No comments:

Post a Comment