Saturday 26 December 2015

Nami Island & Dongdaemun - November 2015 (Part 4)

19/11/15-Thursday

Namiseom (sightseeing) /Dongdaemun (shopping) (DAY 4)
Nami Island-Autum

Hari ke4 seawal 7.30am(waktu di Seoul awal sejam dari Kuala Lumpur) kami dah bergerak ke Pulau Nami..ini adalah kerana Pulau Nami ni berada di luar bandar Seoul yang mengambil masa  1 jam lebih perjalanan dengan train Subway..
KTX ticket Machine

Pada mulanya kami plan kali ini  ingin menaiki KTX (Keretapi express) ke Pulau Nami untuk jimat masa..tapi bila sampai di Station Sanbong dan menuju ke machine tiket KTX di dapati tiket jam 9.30 pagi telah hampir habis..pilihan seat juga dah tak banyak dan kalau ada pun berlainan gerabak.,,kalau nak tunggu next train lagi sejam membazir masa..Oh ya machine tiket  KTX tu ada pilihan bahasa so sila pilih bahasa English..kalau rasa macam tak paham bahasa Korea,senangkan ..
So di nasihat kan sila beli awal tiket KTX ni ..online pun boleh.
Mencuba kopi di vending machine


So kami membuat keputusan untuk  menggunakan plan asal ke subway line G ke Gapyeong  dan ianya masih di Sanbong station . Perjalanan agak lama  kami sedikit terhibur di sepanjang jalan dengan gelagat ahjumma & ahjussi yang berada di dalam train yang pelbagai ragam dan semangat untuk mendaki Seoraksan..Laluan subway ni akan ke Gapyeong sebelum ke Gunung Soerak (Seoraksan).Tabik la Ahjumma & ahjussi ni dah macam umur >60an tapi masih kuat untuk beroutdoor aktiviti..

Setelah lebih 1 jam perjalanan kami sampai di Gapyeong Station menuju ke Pulau Nami yang sangat terkenal dengan 'Winter Sonata'. Dari Gapyeong st kami decide untuk terus ambil teksi ke Jeti Pulau Nami..Sebenarnya dah prepared Coupon yang di ambil di KTO (Korea Tourist Organization yang terletak Di Jalan Yap Kwan Seng Kuala Lumpur) tapi sb kejar masa ..dan lambat nak tunggu route bas di Gapyeong st tu terus je ke teksi stand yang berada betul2 di hadapan pintu keluar station ni.
lagi jimat sebab kami ber4 untuk menaiki teksi ni.Jimat masa dan tenaga..Masa naik tu cakap dengan driver nak ke Namiseum dia pasti sudah tau..

Sampai di Jeti biasa teksi akan berhenti di area 7eleven so kena jalan kehadapan sikit sampai nampak kaunter tiket feri ke Pulau Nami..

Sila beli tiket dan beratur untuk menaiki feri..Feri mengambil masa yang amat sekejap ..sebab dari jeti kita dah dapat lihat jelas pulau Nami di seberang sana..



Pulau Nami

Pulau Nami

Di hadapan Library di Pulau Nami








Masa ni akhir autum ..so kebanyakan pokok yang kekuningan  dah tinggal ranting je..huhu..
Adalah balance sikit2 yang masih kekuningan ...merasa la Autum in my heart..haha

Namiseom

Setelah puas posing sakan di sekitar Pulau yang terkenal dengan cerita 'Winter Sonata' ni..Kami berhenti untuk solat dulu  ..Nampaknya Surau dah terpisah untuk Lelaki dan wanita..2012 dulu suraunya masih bercampur..alhamdullilah ada improvement.. tempat solat &..tempat wudu' pun di sediakan..sangat selesa..Surau ini berada di dalam bangunan Library Pulau Nami ini.Di bahagian atas Library bangunan dia warna kuning.

Untuk yang nak merasa 'Nasi Goncang' ( Nasi+tuna+telur atau ada beberapa pilihan menu lagi) didalam bekas besi yang harus di goncang sebelum makan ..restaurant tu terletak di belah belakang bangunan library ni..Sorry tak ada gambar..
senang je ..keluar pintu library tu jalan ke kiri belakang..
Tapi kali ini kami tak ke sana sebab dah pernah try masa pertama kali  dulu..lagi pun dah bawak bekalan makanan sendiri.nak jimat hehe..


Famous Restaurant Di area Pulau Nami-Chuncheon Dakgalbi, kami tak masuk pun..

Lunch kami makan di bawah pokok ,bekalan yang di bawa nasi & sambil tumis ikan bilis..sedap giler rasanya sebab sejuk ni lapar pun menjadi-jadi jugak huhu..

Petite France

Perjalanan seterusnya ke 'Petite France' tempat ni macam mini France katanya..ada bangunan colorful dan juga femes sebab 'runningman' pernah membuat pergambaran kat situ..

Untuk ke Petite France ni plan awal nak naik Bus City tour yang disediakan nak guna Coupon Free (KTO) ..tapi setelah menunggu yang agak lama ..bas tidak muncul juga..kami ambik plan B naik teksi je..memandangkan hari dah makin gelap wpun jam baru menunjukan pukul 3PM. Perjalanan agak jauh..kalau sapa yang nak jimat di nasihat kan tunggu je lah bas .sbnya untuk ke sana dengan teksi kami kena bayar >50,000 won..adoi agak mahal tapi tak pe la bahagi 4 orang..pejalanan yang agak jauh melalui empangan semua baru tiba Di Petite France ni..


Sampai terus ke kaunter tiket..Bayaran masuk kesana 12,000 won tapi kami bawa coupon discount dari KTO so dapat harga 9,000 won sahaja untuk seorang..jimat la sikit..

Setelah puas bergambar ,Cuaca makin sejuk,kami keluar dan tunggu bas untuk balik semula ke Gapyeong Station..Kali ini wpun agak lama menunggu bas tetap kami setia menunggu hehe..sebabnya dah tak mampu nak naik teksi huhu..sambil menunggu sempat berkenalan dengan sahabat dari indonesia..mereka ber3..so rancak la kami masing2 ..best bila di luar negara berjumpa dengan negara serumpun..terus keluar bahasa kita haha..sempat la sharing info dan pengalaman dengan mereka..

Setelah sampai di Gapyeong st kami terus menaiki train menuju Dongdaemun station..


Destinasi seterusnya ialah Dongdaemun..
Dongdaemun ini juga merupakan tempat shopping yang terkenal di Seoul di sini terdapat Dotta shopping mall, a PM dan banyak lagi..Selain itu yang agak baru terdapat 'Dongdaemun  Design Plaza'( DDP) yang famous dengan keunikan bangunannya dengan lampu yg menarik di waktu malam..DDP berada betul-betul di hadapan Dotta & aPM ni..Tak ada Gambar ..bateri handphone semua dah habis seharian berjalan..

apm

Di Dongdaemun ni kebanyakan Mall nya akan di buka dari jam 6 petang sehingga 2 pagi..lagi malam lagi ramai orang disini..


Saya Punya Favourite place shopping di sini ialah 'aPM' disini pelbagai up to date fashion bole dibeli dengan quality yang sangat bagus..So untuk kaki shopping sila datang sini..quality pakaian di sini sangat bagus berbanding di tempat lain walaupun harga agak mahal ..

Jika anda nak dapatkan kasut 'platform'  Korea style, sangat banyak di area Dongdaemun underground mall..(keluar pintu Dotta akan nampak tangga ke bawah di situlah terletaknya Dongdaemun underground mall)
Arirang Shop -Dotta Shopping Mall-bersama friendly staff 


Untuk yang nak ingin dapatkan souvenir Korea yang murah sila lah ke 'Arirang Shop' yang berada di dalam bangunan Dotta tingkat 5.Kedai sorvenir ni sangat saya recommend ..sourvenir dapat harga murah berbanding tempat lain ,juga pekerja nya bole berbahasa Melayu fasih..terdapat pelbagai sourvenir disini.antaranya,tshirt,key chain,stocking' i love korea',fridge magnet,kipas,Kpop artist merchandised pun ada dan banyak lagi..
Stocking Kembar 3

Oh ya lupa nak bagitau sesiapa nak cari Stocking' Daehan,Minguk,Manse ' yang famous kt KBS tu kami jumpa stocking diaorang ni di 'a PM '..kedai tingkat 3 belah kiri escalator..

Oklah itulah cerita kami di hari Ke4 .

Next akan bersambung - Namdaemun Market,COEX Mall (SM Town)
To be continued -PART 5...


















Itaewon / Myeongdong November 2015 (PART 3)

18/11/15-Wednesday


Namsan Guest House-Myeongdong-Itaewon (DAY 3)


KPOP artis -stocking

8.00 am bersiap untuk balik ke Seoul ..ambik teksi dari Haedeun Hotel ke Jeju International Airport..hari hujan ,kabus dan sejuk..plan awal untuk ke Dongmun Traditional Market terpaksa di batalkan dengan cuaca yang tak menyebelahi kami..agak kecewa tapi tak bole nak di elakkan lagi huhu..Insyallah next time..;)



Cuaca yang berkabus dan hujan menyebabkan kami sedikit kelewatan untuk balik ke Seoul..flight sedikit delayed ..So kami decide untuk lunch dulu ..Kami memilih ke 'Lotteria'  yang berada di 1st floor atas  dari counter check in  dan ianya terletak dibelah kiri dari main entrance.Menu pilihan tak lain Burger shrimp..rasanya ok la..tapi bagi aku burger shrimp yang pernah aku try di Lotteria Thamrin City Jakarta lebih sedap kot..entah la selera masing2..tapi mesti cuba baru tau..
Shrimp Burger

Jam 3pm  kami tiba di Gimpo Domestic Airport Seoul..Cuaca masa ni makin sejuk dari hari pertama kami sampai..dan cuaca di Seoul ni sangat sejuk berbanding di Jeju yang berada  di selatan.
Dengan mengangkut bag, apa lagi kami menapak ke tempat penginapan.
Jalan ke Namsan Guest House

Namsan Guest House Di hadapan

Ini Namsan Guest House 3

Meneruskan perjalanan pertama di Seoul ini dengan ke 'Namsan Guest House' untuk Check in..Kami memilih Namsan area kali ini..setelah pertama kali dulu pernah stay di sekitar Itaewon..kali ini Namsan Guest House Pilihan kami.Kenapa Namsan GH? sebab dari banyak GH (Guest House )yang saya survey Namsan mendapat positive komen dari viewers,dari segi lokasi nya yang sgt strategic.Dan setelah check in saya sgt bersetuju Namsan GH adalah lokasi yang amat strategik utk stay ..Sebabnya sgt dekat dengan subway,Myeongdong street,Namdaemun Market,& Namsan cable car..semuanya hanya jalan kaki..    
Kalau anda datang musim sejuk macam ni dinasihat semasa buat booking online pastikan cari Hotel atau Guest House yang ada Heater ..termasuk floor heater ..dan Namsan GH menepati semua tu..
Our Room di Namsan Guest House

Berbalik pada journey hari ke3 ni..setelah menghilangkan penat seketika di bilik kami di Namsan GH 5 yang  selesa ni..dalam kesejukan suhu <9'C kami meneruskan perjalanan ke Itaewon.
Untuk ke Itaewon kami guna subway Line 4 -Myeongdong ke Samgakji Tukar Line 6 terus ke Itaewon.

Untuk yang pertama kali ke Seoul Itaewon adalah kawasan yang mempunyai paling banyak restaurant Halal di Seoul  dan juga terletaknya Masjid Seoul.Selain itu Di Itaewon juga penuh dengan Pub dan Bar..dan ramai warga asing dapat dilihat disini..
Itaewon 


 Oklah..Dari Itaewon station tadi cari  exit 3 untuk ke 'Central Seoul Mosque ' , Siti Sarah ,Muree Restaurant & Eid restaurant juga.

Keluar exit 3 jalan ke kanan terus sehingga jumpa Mr Kebab terus belok ke kanan jalan terus dan bila nampak selekoh terus belok kiri.Di situ anda akan menapak di atas bukit yang agak curam huhu..
Di perjalanan ni Restaurant Siti Sarah yang akan kita jumpa 1st di sebelah kiri..Restaurant Siti Sarah ni Terkenal dengan makanan Indonesia juga..seterusnya Restaurant Muree akan kita lihat di sebelah Kanan dan jika terus keatas lagi kita akan jumpa Masjid besar Seoul @ 'Seoul Central Mosque' di sebelah kiri.Dan kalau jalan terus lagi di hadapan terdapat lagi 1 Restaurant Halal milik Korean Muslim iaitu 'Eid Restaurant'
Menu kami  di Eid Restaurant 

Muka kenyang Dinner Di Eid Restaurant

Memang di sepanjang Jalan ini pelbagai restaurant kita dapat lihat...pelbagai cuisine ada..arabian,korean food dan tak ketinggalan masakan nusantara.

Setelah dinner di Muree restaurant kami meneruskan perjalanan ke Masjid Seoul..Permandangan Yang sangat cantik di waktu Malam..Tiba-tiba rasa terharu pulak ,di tengah kota Seoul yang terkenal dengan Kpop ini tersergam 1 Masjid yang di bina di atas bukit yg boleh menampakkan hampir keseluruhan bandar Seoul ini..Subhanallah...Kagum seketika...
Seoul Central Mosque
Tempat Solat Muslimat- kena naik atas

Notice di dalam Masjid

Matahari terbenam di Itaewon

Hari semakin malam kami balik semula ke Namsan ..sebelum balik ke Guest house kami singgah  dulu di Myeongdong street yg hanya beberapa minit jalan kaki dari tempat penginapan kami..Di Myeongdong street ni terdapat banyak kedai dan stall yang masih dibuka sehingga lewat malam..dan di sini juga anda harus cuba sotong bakar,potato cheese roll yang sangat sedap..
Myeongdong Street

Myeongdong adalah salah 1 tempat shopping yg paling famous di Seoul.Terdapat kedai2 jenama terkenal di sini dan juga stall2  dengan harga yang berpatutan.

Nature Republic Myeongdong - Deco yang cantik

Lagi satu kami akan mengunakan Subway (train macam LRT) sebagai pengangkutan utama di bandar Seoul..dan setiap hari kami akan turun di Myeondong station untuk ke tempat kami stay..yang saya nk cerita di sini di Myeongdong station bukan setakat station tapi bila keluar je exit tu dah ada banyak kedai2 seperti kedai pakaian,kedai makan,kedai merchandised artis k -pop pun ada kat situ..jadi tersangat la convenience...untuk sapa2 yang suka shopping hehe..

Gambar Delimanjoo -di bawah ni menunjukkan kedai di sepanjang exit subway Myeongdong Station.
Biskut Berinti Coklat -Nak kena ketuk sebelum makan..1 = 3,000 w

Kedai favourite Deli Manjoo.-Bahulu panas sangat sedap..


Butik TonyMoly Di Seoul

To be continue...Nami Island & Dongdaemun -Part 4






Jeju island November 2015 (PART 2)



17/11/15-(selasa)

Hari Ke2 -Jeju Island(Jejudo)

Seawal 8 pagi kami telah dijemput oleh tourist guide aka driver kami yang telah di tempah 2minggu sebelum kesana..tempahan di buat melalui email, Nama nya Mr Kim..(seorang yang sangat bertanggung jawab & juga photographer yang sangat hebat macam2 gaya dia suruh kami posing haha...) ,Bole berbahasa English walaupun tak fasih ..seriously saya amat recommend dia jika anda ke Jeju untuk waktu yang singkat seperti kami.sangat selesa dan bole rehat tak payah pening nak cari jalan semua...Kalau lebih lama lagi bebaloi sewa kereta kot.

Lawatan kami di Jeju adalah seperti berikut:  (Tempat2 dari list kami dan Mr Kim susun kan route mengikut jarak & masa.)
Mr Kim Ki Hyung- Business Card

1. Lawatan pertama ke 'Wind turbine' yang ada banyak Kincir angin..tapi  tak lama disitu sebab hujan renyai dengan angin sejuk ..

Wind Turbine


2 .Seterusnya Kami ke 'Seongsan Ilchulbong' ..di sini biasanya orang akan datang tengok sunrise dari bacaan ku di blog lain..tapi mesti datang sebelum Jam 6 pagi..Kami hanya singgah sebentar untuk tangkap gambar..sebab hari yang hujan dan berkabus dan juga banyak lagi tempat yang  perlu di'cover' dalam masa 1 hari ni..
Seongsan Ilchulbong 

3. 'Seopjikoji ' tempat seterusnya ..permandangan yang sangat cantik ..Diatas bukit yang di kelilingi oleh laut..Kalau musim Panas semestinya tempat ini lagi nampak biru dengan di kelilingi air laut..tapi akhir musim luruh macam ni keadaan sedikit suram..air laut yang gelap cuaca hujan renyai..tapi tetap menarik dengan keindahan tebing bukit yang menghadap lautan..Di sini jangan lupa mencuba sotong bakar di jual oleh ahjumma2 yang sangat fresh...tak dapat di tempat lain..serious.. 
Seopjikoji

4. Kemudian kami di bawa oleh Mr Kim ke '.Jeongbang Waterfall' bayaran masuk 2000won -dari study kami sebelum ke sana banyak waterfall yang sangat cantik di Jejudo ni (ada Cheonjiyeon dan Cheonjeyeon waterfall)..tapi untuk 1 hari journey kena pendek kan list biar banyak tempat lain bole discover juga.. 
Jeongbang waterfall

5. Next destinasi 'Oedolgae" -batu di laut yang seperti di ceritakan oleh Mr Kim..Batu tu mengambar kan satu family dengan cerita mitos disebaliknya..

ceritabyme
Oedolgae

6. Ini aktiviti yang lansung tidak di plan  di dalam itenarary kami..tapi disebakan November adalah musim Hallabong (jeju tangarines) , sepanjang jalan di Jejudo kami akan nampak pokok limau (hallabong) dengan buah yang sangat banyak, color orange nya sangat menarik perhatian...terjebak juga kami ke kebun hallabong akhirnya (Citrus Museum)..Setelah tempahan dibuat  oleh Mr Kim, dengan bayaran masuk  9,000 won per person -kita dapat makan hallabong ni sebanyak yang kita mau dan juga di bekalkan 1 bag untuk di bawa pulang..Maksudnya di sini Pick & eat..Sangat fresh..manis..itulah juga Lunch kami hari ni..haha..
Aktiviti 'pick & eat'
 "Hallabong"

Citrus Museum
Seonimgyo Bridge

7.Berhenti sebentar di 'Seonimgyo bridge' @ Seven nymphs bridge untuk mengabdikan kenangan kami meneruskan perjalanan ke 'Glass castle' tapi atas sebab tertentu kami menukar perjalanan ke 'Osulloc Tea Museum' @ green tea museum.. Di sini semua sejarah dan barang2 di perbuat dari green tea di pamer dan di jual...
Osulloc Tea Museum
Tempat Homemade Green tea soap-Kat sini Bayar  dan bole decorate sendiri .
meet Korean Girls

8.Dengan perjalanan 40minit kami tiba di 'Yongmori Coast' dari awal Mr Kim telah plan untuk  ke sini di sebelah petang untuk melihat 'sunset'..dan memang betul permandangan di sini amatlah cantik  dan mengkagumkan di waktu petang..tepi laut yang di barisi batu-batuan pelbagai bentuk yang sangat unik...selain tu ada juga  ahjumma2 yang menjual hasil laut ..
Yongmori coast
Yongmori Coast

9. Jam 6 petang hari dah cukup gelap,last destinasi kami adalah ke 'Mysterious Road' - bukit graviti..
Mr Kim sempat membuat Demo air di tuang di atas jalan,dan air terus mengalir keatas bukit dan juga mematikan enjin kereta tetapi kereta tetap bergerak keatas..sangat mengkagumkan..


Itulah Journey hari ke 2 kami di Jejudo, besok dah nak balik ke Seoul..Actually banyak lg tempat yang ada di dalam list kami tapi masa dan keadaan tak mengizinkan..huhu..tetapi aku tetap berpuas hati satu hari dapat cover almost keseluruhan pulau ini ..
Overall Jejudo ni aku akan ingat sebagai tempat semulajadi yang penuh dengan permandangan yang cantik dan menyegarkan mata.
Bye Jejudo ...

Besok Balik Seoul..

To be continue Itaewon & Myeongdong- Part 3