Thursday 20 November 2014

Kenangan terindah- trip ke seoul 2013 PART 1


Walaupun trip ni dah lebih 1 tahun berlalu..tetapi masih selalu bermain di ingatan...anyeonghaseyo...
Hmmm bila la dapat ke sana lagi...? insyallah ada rezeki pasti aku kesana lagi...

 Untuk tidak dilupakan begitu sahaja memory indah ini..biarlah aku coret kan  sebagai kenangan terindah 2013..*ayat masa skolah..

Trip to SEOUL Sept 2013 -1st DAY
18/9/13-
Dengan penerbangan AA ..  jam 9.15am kami bertolak dr LCCT ke incheon...





Alhamdulilah lepas 6 jam perjalanan, kami selamat tiba di Incheon International Airport..
First time menjejakkan kaki di negara K-POP ni..rasa cam tak percaya pulakkk...

Perkara pertama yang kami semua buat bila tiba di airport ni masing2 sibuk meng ON kan Handphone ..WOW tersangat  laju nyee wifi...apa lagi check in la kihkihkih...

Selepas ambik luggage ..kami meneruskan perjalanan untuk ke Guest house kami yang terletak di Itaewon..Sebelum tu beli kad 'T MONEY'  (2,500 won) (macam touch n Go kad )  ... beli di arrival hall Convenience store.. Ada yang dah Start beli Susu Pisang yang ter sangat best tu time ni...hehe..

Walaupun plan asal kat itenarary nak naik MRT ke Guesthouse di Itaewon, tapi entah la last minit ubah fikiran untuk naik bas pulak....may be time tu  dah tak bole focus sebab ramai sangat pilot/steward dan mat-mat  kaki panjang yang lalu..adoiii..cairrr...
 So,  menunggu bas 6030 untuk ke Itaewon ni sikit punya lama entah la mungkin disebabkan time ni Chuseok Day kat korea..tapi tak pe ramai pilot-pilot hensem lalu...hehe oh ya tiket bas bole di beli di kaunter depan tempat menunggu tu je...







Perjalanan dari Airport ke Itaewon mngambil masa lebih kurang sejam ,ini adalah kerana driver bas  sempat berhenti untuk berehat 10-15min.....pelik  macam perjalanan jauh pulak..kami berhenti di depan hotel Hamilton, itu pun siap bagitau driver bas awal-awal..walapun  bercakap cam  Itik & ayam sampai jugak kami di Itaewon..




Merasalah jadi orang Korea jap..jalan kaki panjat bukit...tapi best udara dingin je & kaki pun bole kecik..huhu




Guest house kami ines inn Itaewon...sangat selesa & jimat...highly recomended :)

to be continued...

Hong Kong Trip PART 1- November 2014



Assalamualaikum...

Ini adalah catatan perjalanan saya ke Hong kong November 2014..baru sempat nak menulis selepas lebih seminggu balik...

Sedikit tips sebelum perjalanan, especially untuk yang jalan-jalan  tanpa mana-mana travel agensi..
a.Banyakkan bacaan & goggle tempat yang anda akan lawati..,baca blog yang berkaitan juga..
b.Forecast cuaca
c.Tukar duit secukupnya
d.Booking tempat penginapan awal

DAY 1
08/11/14 -Khamis

Dari KLIA2 sehingga tiba di Hong Kong International Airport alhamdullilah semua lancar...Perjalanan mengambil masa lebih kurang 3 jam 50 minit..
Jam 10.50am kami selamat tiba di HK International Airport...View masa nak turun sangat cantik ..nampak laut dan gunung ganang juga...excited mood time ni, ye la fisrt time sampai sini katakan ;)

First sekali :
Beli Octopus Card di Arrival Hall Terminal 1 ..Level 5.. di Customer service counter..

Customer Service Counter

 Customer Service Counter ni tempat beli Octopus Card (HKD250 estimation untuk 6 days journey) & juga Tiket ke Disneyland Hong 
Kong (HKD420)..Recommended untuk beli Tiket Disneyland di sini kerana ianya lebih murah berbanding di counter masuk atau di hotel..ini berdasarkan survey yang saya buat..

OCTOPUS CARD

Ini dia rupa Octopus Card untuk orang dewasa..kad ni bole di guna kan dibanyak tempat,lebih kurang macam  Touch n Go kad kita,Ia bole digunakan untuk naik bus,naik MTR,naik TRAM (ding ding ) pun boleh.Beli barang kat 7eleven pun bole guna...nak top up pun senang ,boleh top up di mana-mana MTR station atau di 7eleven pun boleh..tersangat senang..

Kami meneruskan perjalanan ke Hotel kami di Tsim Tsa Tsui area yang terletak di pulau Kowloon..kami bertiga decided untuk naik bas..walaupun plan awal nak naik MTR...last minit tukar..
So terus ke Bus station di Hall B on Arrival Hall Level 5 cari bas No A21 ke Nathan Road
Dari customer service counter tadi tersangat senang nak ke bus station ni..terus ke kiri turun bawah dah ada banyak signboad nombor-nombor bus kat situ...
Jalan ke Bas station dari Arrival Hall (sila follow signage)
  Nombor bas mengikut destinasi( Kami Choose A21 ke Nathan Road) 
..
Bus Stop A21 ke Nathan Road, Tsim Tsa Tsui.Tambang Bas HKD33, touch Guna Octopus kad dalam bas .Pastikan tengok destinasi kita nak turun di screen dalam bas.Kami turun di bus stop No.14.

Selepas check in & rehat seketika ..Kami meneruskan misi untuk mencari Masjid Kowloon..yang terletak tersangat dekat dengan hotel Kami...Masa naik bas sebelum sampai hotel tadi dah nampak Masjid ni ..so tak jadi masalah untuk mencarinya..Alhamdullilah..

Jam 5 petang cuaca dah agak gelap kami meneruskan perjalanan hari pertama ke 
Avenue of Stars..dari Masjid Kowloon kami Jalan kaki ke Avenue of Stars lebih kurang 15 minit.
ikut signboard..memang tak sesat la..
signboard ke Avenue of Stars

Akan melalui tunnel ni untuk ke AOS

Avenue Of Stars

Setelah berjalan sambil menghirup udara dingin Hong kong sampai juga kami di Avenue of Stars ni..So kami Jalan-jalan dulu ke 'Walk of Fame' sambil menunggu jam 8 malam untuk melihat "Symphony of Light'..(laser di iringi music)
 Walk of Fame


 Symphony of Light

Permandangan Hong Kong Island dari Avenue of Stars

Cadangan ,kalau nak tengok lebih cantik dan clear Symphony of Light sila berada di area Clock Tower .
  Ini Clock Tower di waktu malam




Itu la saja catatan Hari pertama kami di Hong kong..to be continued 

DAY 2- Disneyland Hong Kong i'm cominnngggg...!



-TBC-