Sunday 17 January 2016

Ewha Women University & Namsan Tower November 2015 (Part 7)



23/11/15-Sunday-

Ewha Women University & Namsan Tower (PART 7)- 

Hari last kami ke Ewha Women University..Kenapa Ke sini? Ewha Women University ni sangat Popular di sebab kan architecture building nya yg sangat menarik..juga kawasan keseluruhan University yang terlihat kekuningan di musim luruh ni menjadikan ramai pengunjung ke sini..
Di luar kawasan University ni juga terdapat banyak stall dan kedai untuk shopping & juga kedai kopi lepak2...



Bangunan Utama Di Ewha Women University


Menuju ke Main Bulding di Ewha Women University

Perjalanan Ke Ewha Women University..Banyak stall2  untuk  kita shopping ;) 

Permandangan di Ewha Women University

Autum di Ewha Women University



SBS ,KBS Building & Hongdae - November 2015 (Part 6)


21/11/15- Saturday

SBS ,KBS Building & Hongdae (Part 6)

Hari ni kami meneruskan misi ke Station TV yang popular di Korea.
Bermula dengan ke Bangunan SBS..untuk ke SBS building ni mesti turun di Omokgo station exit 2..dari situ akan jumpa walkalator panjang, terus ke dalam Shopping Mall Hyundai Department Store.dari lower ground naik tingkat 1 ke ground floor keluar ke main entrance mall ni anda akan nampak bangunan SBS ni sebelah kiri..
Seoul City-Autum

Jalan Ke SBS
Bangunan SBS TV

Selepas tu kami meneruskan perjalanan ke KBS building pula..
Untuk ke KBS building, turun di National Assembly station exit 4 naik escalator, jalan terus hingga jumpa simpang belok kanan , sini dah ada sign board tulis KBS 100m.. Ikut je signage tu..jalan terus smpai nampak bangunan KBS.Di KBS ni ada beberapa building , sila ke bangunan KBS exihibition hall untuk tengok lebih dekat sejarah dan belakang tabir KBS.. Masuk free..
KBS Main Buiding


KBS 2 -Recording

Happy Together 

Nama nama  penyampai KBS dari dulu sampai sekarang


KBS Radio

Sebelah petang kami ke Hongdae ..
Hongdae juga terkenal dengan tempat shopping dengan harga yang agak murah dan yang penting banyak pilihan tapi untuk kali ini sedikit kecewa kerana kebanyakan pakaian adalah untuk musim sejuk.. :(..Baju tebal2 SALE..So untuk sesiapa yg nak cari winter coat memang ni la time nya..
Untuk ke Hongdae mesti turun di Hongik University station line 2  , exit 6.. Di sini suasana malam yang happening.. Kalau weekend lagi penuh sesak .. Siap ada show di sepanjang street oleh student di situ..
Di sini juga terdapat banyak kedai accesories handphone.. Memang rambang mata.. Terutama kepada pengguna Samsung huh.. Sangat banyakk..anda bole dapat dengan harga serendah 10,000 won(RM38)
Selain itu di Hongdae juga kita bole lepak minum kopi memandang terdapat banyak coffe shop kat sini...dengan cuaca yang sejuk huh sangat best...

 Antara yang famous ialah A twosome ,Angel in Us , Cafe bene dan banyak lagi..

Setelah menghabis kan lewat petang dan malam di Hongdae kami meneruskan perjalanan sekali lagi ke Itaewon untuk dinner..

To be continued -Part 7 -Ehwa Women University & Night at Namsan Tower..







Namdaemun Market & COEX MALL (SM Town) November 2015 (Part 5)




20/11/15- Friday

Namdaemun Market & SM Town - (PART 5)
COEX Mall -SM Town

Hari yang kelima,kami memulakan perjalanan ke Namdaemun Market ..yang terletak tak jauh dari Namsan GH,Jalan kaki pun bole..tapi kami ni nak save energy so decide to naik subway..dari Myeongdong berhenti 1 station di hadapan iaitu Hoehyeon station..untuk sampai di Namdaemun market cari exit 5 ..paling dekat sebab terus keluar kt jalan di tengah Namdaemun market.



Sebelum tu breakfast dulu dengan kuih ikan ( kuih berinti kacang merah),sejuk2 ni sedap sangat makan panas-panas..

Di Namdaemun market ni  kita boleh shopping pelbagai barang dari sourvenir sampai la kimchi dan seaweed pun banyak di jual di sini.. Tshirt untuk sorvenir pun murah kt sini.. Juga kedai kpop merchandised pun ada..kalo nak beli buahan atau kekacang sila ke pasar Namdaemun yang berada di sini juga..

Tengah jalan-jalan di Namdaemun ni ternampak seorang lelaki tempatan yang sedang panggil kami dalam bahasa melayu,agak fasih dia bercakap ..kerana terpengaruh dengan hospitality yang diberikan kami 'terjebak' juga untuk membeli candy ni... Namanya 'Ta Rae' berinti kan peanut , almond , green tea & chocolate..sedap jugak..

Process membuat candy 'Ta Rae'


Tempat pelbagai design Brooch juga adalah di sini iaitu di Bangunan 
E Lengdang ( bangunan ni terletak di tengah  Namdaemun street ni, keluar dari exit 5, hoehyeon station terus ke kanan jalan terus smpai nampak bangunan orange , bangunan nya tersorok sikit )saya dapat direction dari  blog2 sahabat yang terlalu  banyak membantu..bila jumpa bangunan ni terus naik tangga ke tingkat 1.. Masuk pintu anda akan nampak orang menjual pelbagai accesories ada bracelet , anting-anting, rantai dan juga brooch.. Kedai yang kami cari No 209.kedai ni sangat femes among blogger kita, memang baik ahjumma ni..member saya sambut birthday hari yang kami ke sana ,bila ahjumma tu dapat tau ,dia hadiah kan 1 bracelet yang cantik..apa lagi happy la birthday girl tu hehe.Lagi satu di sini kalau beli banyak dia bagi free brooch..kami yang tak banyak beli ni pun dapat free brooch sorang satu..happy...;)

Di sini senang, ada nombor signage di setiap kedai. best kat sini diaorg memang designkan accesories ni kt situ juga.. So kita bole lihat diaorg tgh tekun memasang batu permata kt accesories ni..
Btw jika anda ingin cari brooch Hello kitty memang masa tu saya lansung x jumpa di bangunan ni.. Tanya pun diaorg kata tak ada.. Brooch Hello kitty  saya jumpadi 1 lorong  di situ juga tapi bukan di dalam bangunan E-lengdang ni, ada stall di hujung jalan ,lorong yang agak tersorok.tak sempat nak tangkap gambar..

stall no 209- ahjumma yang baik hati bagi hadiah  kat birthday girl.

seafood diletakkan sebelum process memasak di mulakan

This is it -Seafood fried Rice

Setelah penat shopping kami decide untuk balik semula ke Myeongdong,untuk isi perut yang dah berbunyi , kami decide untuk  lunch di 'Yoogane ' yang  famous dengan seafood fried rice..Restaurant Yoogane terdapat banyak  di Seoul ni..Yang kami pergi ni berada di Myeongdong Street. Serious sangat sedap..Di Yoogane ni dia akan masak menu yang kita order di meja kita.. Best bole tengok cara dia masak walaupun hanya nasi goreng tapi cara dia present bila dah siap amat menarik siap buat bentuk love.. Best...rasa pun sedap kalo nak side dish bole ambik sendiri di buffet table..ada kimchi smua.. walaupun restaurant macam ni dah ada di Malaysia ..tapi kat sini lagi best..

 Lepas dah kenyang balik guest house solat dan sebelah petang plan nak pergi ke 'Banpo bridge' tapi terpaksa dibatal kan sebabnya musim luruh ni ada yang kata tak ada banpo bridge moonlight show,waktu malam.Lagipun cuaca pun time ni sejuk sangat untuk kami ber outdoor aktiviti..
So kami ubah plan ke Coex Mall ..yang terletaknya SM Town.

Di entrance SM Town

Entrance ni kita akan jumpa selepas jalan ke  exit 6 Samseong Station.

COEX Mall ni antara shopping mall yang paling latest di Seoul ,main attraction kat sini ialah SM Town -ada kedai merchandise , theather , cafe untuk semua artis di bawah naungan SM entertainment seperti Super junior, EXO, Girls Generation , TVXQ , Shinee dan ramai lagi..

 Untuk ke Coex Mall ni anda mesti turun di Samseong station . Kalau dari Myeongdong  terus ke Chungmuro st  tukar line 3 terus ke Seoul National University st  tukar line hijau terus ke Samseong, exit 6 terus bersambung dengan level B1 Coex Mall dan terus akan nampak  Sngaboard besar
SM Town ..
Sempat la beli CD juga hehe..

Di SM town ada beberapa level iaitu : 
Level 2F -Kedai merchandised items SM artis dan disini juga ada sudut free stamping ala2 autograph diaorg punya artis..kalo berminat..stamping la sebanyak mana yang anda nak ..;) jadi sila bawa buku atau kertas .
Level 3 - Studio- yang ni nak masuk kena bayar
Level 5- Theather - juga kena bayar nak masuk.

 SM artist



 autograph SM artist 

stamp SUJU

Pilih nak stamping yang mana-no charge

Kyuhyun Super Junior-stamp

SM artist merchandise

Frame & Photo sebahagian Merchandise for Sale
Setelah habis mengexplore SM town..hari dah makin malam..Kami terus balik ke Myeongdong
seterusnya pulang ke Namsan Guest House..

To be Continued PART 6 - SBS Building ,KBS Building & Hongdae...