SBS ,KBS Building & Hongdae (Part 6)
Hari ni kami meneruskan misi ke Station TV yang popular di Korea.
Bermula dengan ke Bangunan SBS..untuk ke SBS building ni mesti turun di Omokgo station exit 2..dari situ akan jumpa walkalator panjang, terus ke dalam Shopping Mall Hyundai Department Store.dari lower ground naik tingkat 1 ke ground floor keluar ke main entrance mall ni anda akan nampak bangunan SBS ni sebelah kiri..
![]() |
Seoul City-Autum |
![]() |
Jalan Ke SBS |
![]() |
Bangunan SBS TV |
Selepas tu kami meneruskan perjalanan ke KBS building pula..
Untuk ke KBS building, turun di National Assembly station exit 4 naik escalator, jalan terus hingga jumpa simpang belok kanan , sini dah ada sign board tulis KBS 100m.. Ikut je signage tu..jalan terus smpai nampak bangunan KBS.Di KBS ni ada beberapa building , sila ke bangunan KBS exihibition hall untuk tengok lebih dekat sejarah dan belakang tabir KBS.. Masuk free..
![]() |
KBS Main Buiding |
![]() |
KBS 2 -Recording |
![]() |
Happy Together |
![]() |
Nama nama penyampai KBS dari dulu sampai sekarang |
![]() |
KBS Radio |
Sebelah petang kami ke Hongdae ..
Hongdae juga terkenal dengan tempat shopping dengan harga yang agak murah dan yang penting banyak pilihan tapi untuk kali ini sedikit kecewa kerana kebanyakan pakaian adalah untuk musim sejuk.. :(..Baju tebal2 SALE..So untuk sesiapa yg nak cari winter coat memang ni la time nya..
Untuk ke Hongdae mesti turun di Hongik University station line 2 , exit 6.. Di sini suasana malam yang happening.. Kalau weekend lagi penuh sesak .. Siap ada show di sepanjang street oleh student di situ..
Di sini juga terdapat banyak kedai accesories handphone.. Memang rambang mata.. Terutama kepada pengguna Samsung huh.. Sangat banyakk..anda bole dapat dengan harga serendah 10,000 won(RM38)
Antara yang famous ialah A twosome ,Angel in Us , Cafe bene dan banyak lagi..
Setelah menghabis kan lewat petang dan malam di Hongdae kami meneruskan perjalanan sekali lagi ke Itaewon untuk dinner..
To be continued -Part 7 -Ehwa Women University & Night at Namsan Tower..
No comments:
Post a Comment