Saturday 26 December 2015

Nami Island & Dongdaemun - November 2015 (Part 4)

19/11/15-Thursday

Namiseom (sightseeing) /Dongdaemun (shopping) (DAY 4)
Nami Island-Autum

Hari ke4 seawal 7.30am(waktu di Seoul awal sejam dari Kuala Lumpur) kami dah bergerak ke Pulau Nami..ini adalah kerana Pulau Nami ni berada di luar bandar Seoul yang mengambil masa  1 jam lebih perjalanan dengan train Subway..
KTX ticket Machine

Pada mulanya kami plan kali ini  ingin menaiki KTX (Keretapi express) ke Pulau Nami untuk jimat masa..tapi bila sampai di Station Sanbong dan menuju ke machine tiket KTX di dapati tiket jam 9.30 pagi telah hampir habis..pilihan seat juga dah tak banyak dan kalau ada pun berlainan gerabak.,,kalau nak tunggu next train lagi sejam membazir masa..Oh ya machine tiket  KTX tu ada pilihan bahasa so sila pilih bahasa English..kalau rasa macam tak paham bahasa Korea,senangkan ..
So di nasihat kan sila beli awal tiket KTX ni ..online pun boleh.
Mencuba kopi di vending machine


So kami membuat keputusan untuk  menggunakan plan asal ke subway line G ke Gapyeong  dan ianya masih di Sanbong station . Perjalanan agak lama  kami sedikit terhibur di sepanjang jalan dengan gelagat ahjumma & ahjussi yang berada di dalam train yang pelbagai ragam dan semangat untuk mendaki Seoraksan..Laluan subway ni akan ke Gapyeong sebelum ke Gunung Soerak (Seoraksan).Tabik la Ahjumma & ahjussi ni dah macam umur >60an tapi masih kuat untuk beroutdoor aktiviti..

Setelah lebih 1 jam perjalanan kami sampai di Gapyeong Station menuju ke Pulau Nami yang sangat terkenal dengan 'Winter Sonata'. Dari Gapyeong st kami decide untuk terus ambil teksi ke Jeti Pulau Nami..Sebenarnya dah prepared Coupon yang di ambil di KTO (Korea Tourist Organization yang terletak Di Jalan Yap Kwan Seng Kuala Lumpur) tapi sb kejar masa ..dan lambat nak tunggu route bas di Gapyeong st tu terus je ke teksi stand yang berada betul2 di hadapan pintu keluar station ni.
lagi jimat sebab kami ber4 untuk menaiki teksi ni.Jimat masa dan tenaga..Masa naik tu cakap dengan driver nak ke Namiseum dia pasti sudah tau..

Sampai di Jeti biasa teksi akan berhenti di area 7eleven so kena jalan kehadapan sikit sampai nampak kaunter tiket feri ke Pulau Nami..

Sila beli tiket dan beratur untuk menaiki feri..Feri mengambil masa yang amat sekejap ..sebab dari jeti kita dah dapat lihat jelas pulau Nami di seberang sana..



Pulau Nami

Pulau Nami

Di hadapan Library di Pulau Nami








Masa ni akhir autum ..so kebanyakan pokok yang kekuningan  dah tinggal ranting je..huhu..
Adalah balance sikit2 yang masih kekuningan ...merasa la Autum in my heart..haha

Namiseom

Setelah puas posing sakan di sekitar Pulau yang terkenal dengan cerita 'Winter Sonata' ni..Kami berhenti untuk solat dulu  ..Nampaknya Surau dah terpisah untuk Lelaki dan wanita..2012 dulu suraunya masih bercampur..alhamdullilah ada improvement.. tempat solat &..tempat wudu' pun di sediakan..sangat selesa..Surau ini berada di dalam bangunan Library Pulau Nami ini.Di bahagian atas Library bangunan dia warna kuning.

Untuk yang nak merasa 'Nasi Goncang' ( Nasi+tuna+telur atau ada beberapa pilihan menu lagi) didalam bekas besi yang harus di goncang sebelum makan ..restaurant tu terletak di belah belakang bangunan library ni..Sorry tak ada gambar..
senang je ..keluar pintu library tu jalan ke kiri belakang..
Tapi kali ini kami tak ke sana sebab dah pernah try masa pertama kali  dulu..lagi pun dah bawak bekalan makanan sendiri.nak jimat hehe..


Famous Restaurant Di area Pulau Nami-Chuncheon Dakgalbi, kami tak masuk pun..

Lunch kami makan di bawah pokok ,bekalan yang di bawa nasi & sambil tumis ikan bilis..sedap giler rasanya sebab sejuk ni lapar pun menjadi-jadi jugak huhu..

Petite France

Perjalanan seterusnya ke 'Petite France' tempat ni macam mini France katanya..ada bangunan colorful dan juga femes sebab 'runningman' pernah membuat pergambaran kat situ..

Untuk ke Petite France ni plan awal nak naik Bus City tour yang disediakan nak guna Coupon Free (KTO) ..tapi setelah menunggu yang agak lama ..bas tidak muncul juga..kami ambik plan B naik teksi je..memandangkan hari dah makin gelap wpun jam baru menunjukan pukul 3PM. Perjalanan agak jauh..kalau sapa yang nak jimat di nasihat kan tunggu je lah bas .sbnya untuk ke sana dengan teksi kami kena bayar >50,000 won..adoi agak mahal tapi tak pe la bahagi 4 orang..pejalanan yang agak jauh melalui empangan semua baru tiba Di Petite France ni..


Sampai terus ke kaunter tiket..Bayaran masuk kesana 12,000 won tapi kami bawa coupon discount dari KTO so dapat harga 9,000 won sahaja untuk seorang..jimat la sikit..

Setelah puas bergambar ,Cuaca makin sejuk,kami keluar dan tunggu bas untuk balik semula ke Gapyeong Station..Kali ini wpun agak lama menunggu bas tetap kami setia menunggu hehe..sebabnya dah tak mampu nak naik teksi huhu..sambil menunggu sempat berkenalan dengan sahabat dari indonesia..mereka ber3..so rancak la kami masing2 ..best bila di luar negara berjumpa dengan negara serumpun..terus keluar bahasa kita haha..sempat la sharing info dan pengalaman dengan mereka..

Setelah sampai di Gapyeong st kami terus menaiki train menuju Dongdaemun station..


Destinasi seterusnya ialah Dongdaemun..
Dongdaemun ini juga merupakan tempat shopping yang terkenal di Seoul di sini terdapat Dotta shopping mall, a PM dan banyak lagi..Selain itu yang agak baru terdapat 'Dongdaemun  Design Plaza'( DDP) yang famous dengan keunikan bangunannya dengan lampu yg menarik di waktu malam..DDP berada betul-betul di hadapan Dotta & aPM ni..Tak ada Gambar ..bateri handphone semua dah habis seharian berjalan..

apm

Di Dongdaemun ni kebanyakan Mall nya akan di buka dari jam 6 petang sehingga 2 pagi..lagi malam lagi ramai orang disini..


Saya Punya Favourite place shopping di sini ialah 'aPM' disini pelbagai up to date fashion bole dibeli dengan quality yang sangat bagus..So untuk kaki shopping sila datang sini..quality pakaian di sini sangat bagus berbanding di tempat lain walaupun harga agak mahal ..

Jika anda nak dapatkan kasut 'platform'  Korea style, sangat banyak di area Dongdaemun underground mall..(keluar pintu Dotta akan nampak tangga ke bawah di situlah terletaknya Dongdaemun underground mall)
Arirang Shop -Dotta Shopping Mall-bersama friendly staff 


Untuk yang nak ingin dapatkan souvenir Korea yang murah sila lah ke 'Arirang Shop' yang berada di dalam bangunan Dotta tingkat 5.Kedai sorvenir ni sangat saya recommend ..sourvenir dapat harga murah berbanding tempat lain ,juga pekerja nya bole berbahasa Melayu fasih..terdapat pelbagai sourvenir disini.antaranya,tshirt,key chain,stocking' i love korea',fridge magnet,kipas,Kpop artist merchandised pun ada dan banyak lagi..
Stocking Kembar 3

Oh ya lupa nak bagitau sesiapa nak cari Stocking' Daehan,Minguk,Manse ' yang famous kt KBS tu kami jumpa stocking diaorang ni di 'a PM '..kedai tingkat 3 belah kiri escalator..

Oklah itulah cerita kami di hari Ke4 .

Next akan bersambung - Namdaemun Market,COEX Mall (SM Town)
To be continued -PART 5...


















No comments:

Post a Comment