Friday 8 April 2016

Part 2- Shinjuku/harajuku/shibuya

Part 2- Shinjuku /Harajuku/Shibuya

Day 3-12/3/16 -Sabtu


Shinjuku: Misi cari Uniqlo 1st shopping

Dari Shinjuku station, ambik ,West exit bila keluar tu terus jalan kekiri utk ke Uniqlo Palette & Odakyu Department store .
Sebelum tu breakfast dulu dengan onigiri tuna ni.. Bole di beli di mana2 family mart atau 7eleven..sgt sedap dan kenyang.
Onigiri

Vending Machine di mana sahaja
Apabila keluar dari west exit JR shinjuku Station terus ke kiri jalan terus sampai nampak terowong, jalan ke dalam terowong ,keluar terowong tu jalan ke kiri lagi terus sampai nampak Odakyu Dept store di depan dan Uniqlo di kiri.

Jalan ke Odakyu Department store & Uniqlo Shinjuku

Menunggu Uniqlo di buka

Odakyu Department Store

Shinjuku Pallette
Untuk ke Takashimaya Department store Shinjuku dari West exit JR yamanote Line Shinjuku terus jalan ke kanan ..sampai nampak signage bangunan Takashimaya di kanan .
*Di Takashimaya Dept store ni terdapat Prayer room (level 11)untuk solat.

Harajuku misi mencari crepe kononnya..

Dengan menaiki JR yamanote line Ke Harajuku cuma mengambil masa 3 minit dari Shinjuku,keluar dari exit di Harajuku station bole nampak terus Takeshita Street didepan. 
Harajuku ni antara station yang cantik bangunannya..nampak klasik.

Kami mengambil keputusan utk ke Omotesando Dori terlebih dahulu..maksudnya kami ke Omotesando dori ,Harajuku street & barulah ke Takeshita street Harajuku.



Harajuku Station
Untuk ke Omotesando Dori @ street, seberang jalan dari Harajuku station terus belok kanan sedikit &terus nampak simpang 3 ,jalan ke kiri di sini la terletaknya omotesando dori..Omotesando Dori ni terkenal dengan tempat fashion di Harujuku..macam fashion street.


Dari Depan Harakuju St nampak Takeshita Street
Untuk ke Harajuku street pula,Di Omotesando Dori ni ,jalan sampai nampak 1st trafic light terus belok ke kiri,jalan terus untuk ke Harajuku Street.Disini terdapat banyak kedai yang jual Harajuku crepe yang famous tu..
Bila nampak YM square Harajuku ni maksudnya kita berada di jalan yang betul untuk ke Harajuku Street & Takeshita Dori .

Di depan bangunan YM Square Harujuku ni ada Crepe cafe..nnt akan nampak ramai beratur di depan nya.
crepes


Jalan terus kedepan sedikit akan jumpa kedai jual long potato dan kebab oleh orang Arab.
Jangan lupa untuk mencuba Harajuku Crepe yang sangat byk disini ,dan juga Long potato di Harajuku .


D depan cafe crepe  Harajuku nampak YM Square


Crepe cafe


Harajuku Crepe everywhere...

Kedai Long potato ni berada di belah kiri setelah kita jalan di depan YM square yang berada di kanan kita...disebelahnya terdapatnya kedai kebab juga.

Long Potato
Kemudian Jalan terus lagi akan jumpa Harajuku Street  di sebelah kanan dan Takeshita street akan berada di sebelah kiri kita.
Harajuku Street

Di Takeshita Dori  ni ada Daiso juga..Harga Daiso di Jepun lebih murah dari di Malaysia..100yen sahaja (RM3.70)

Takeshita Street
Kami dalam screen ;)

Meiji Shrine juga berada di Harajuku ini..Keluar dari Pintu Harajuku Station 'jangan seberang jalan' terus belok ke kanan ,  jalan terus kedepan di kanan sudah nampak Pintu Gerbang Meiji Shrine.
Pintu Gerbang Meiji Shrine


Shibuya: misi ke shibuya crossing & tengok patung Hachiko

Untuk ke shibuya kami hanya berjalan kaki.

Dari Omotesando dori  tadi jalan terus sampai 1st trafic light ,kalo tadi nak ke Harajuku street
ke kiri sekarang kena belok ke kanan untuk ke Shibuya..bila dah lintas jalan ke kanan tu Jalan terus dalam 10-15 minit (300m)  akan sampai di  kawasan shibuya Station ni.Dalam perjalanan ke shibuya ni tiba2 ternampak Disney Shop di sebelah kanan apa lagi terus beli tiket untuk ke Disneysea Tokyo.So tak perlu beratur panjang di kaunter tiket Disneyland nanti.

Shibuya Crossing
Di Shibuya ni benda wajib orang akan tengok adalah Shibuya crossing ni..apa yang menarik tentang Shibuya crossing ni ,adalah ianya adalah laluan jalan kaki teramai yang akan digunakan setiap hari.




Gambar dari Tingkat 1 Starbucks cafe
Hasil dari pembacaan saya dari bloggers ,untuk mendapat kan view yang cantik untuk melihat Shibuya crossing ini kita mesti ke level 1 bangunan Starbucks cafe Shibuya ni.


Starbucks cafe Shibuya

Menunggu Untuk menlintas

Selain itu ,1 lagi tarikan Shibuya adalah Patung Hachiko.Patung ini mempunyai cerita yang tersendiri bagi rakyat Jepun. Patung Hachiko ni adalah patung Anjing yang amat di kagumi bila kita membaca kisah nya.

Patung Hachiko

Untuk melihat Patung ini ianya berada di seberang jalan dari bangunan Starbuck Cafe .Mesti ikut laluan jalan kaki Shibuya crossing ini ambik laluan yang tengah terus sampai ke patung Hachiko di kanan kita.


TO be Continued -Part 3  Ueno/Asakusa/Ginza/Tokyo station/Akihabara




No comments:

Post a Comment