Friday 8 April 2016

Part 1- Lake Kawaguchiko (Tokyo trip 2016)


Tnyalias

Day 1-10/03/16-Khamis/Jumaat

Assalamualaikum/Konichiwa....
Bergerak dari KLia2 ke Haneda Airport
Alhamdulillah jam 10.20pm kami selamat tiba di Haneda International Airport. Kalau sampai dah lewat malam dan mau bermalam di airport ni pun tiada masalah.Kat airport ni ada tempat mandi berbayar (keluar pintu arrival dah nampak signage) & juga prayer room di  departure hall, depan  counter Air Asia je.Tekan Intercom pintu akan terbuka dah boleh masuk untuk solat.tempat ambik wudu' pun disediakan.

layout map di Haneda Airport
Bidet toilet di Haneda Airport siap ada dryer..;)


Apabila kluar sahaja dari imigresen di Haneda Airport ,jalan terus di kanan kita akan jumpa mesin 'free wifi travel'.
Mesin untuk register' Free wifi Tiket' Kat Pintu  Arrival Haneda Airport

Cerita tentang wifi Di Jepun:
Kita perlu ke mesin wifi ini utk pengaktifan free public wifi , scan pasport dan ,mesin ini akan kluarkan  1 receipt yang akan disertakan pin number ,Masukkan pin dari resit tadi utk register.. Ikut je arahan semasa registration di hand phone.. Ohya kita harus mendownload 'travel Japan wifi' application  di handphone terlebih dahulu, Sebabnya kalo kita tak ada application ni .. Kita tak akan dapat guna kebanyakan wifi free yang terdapat di sini.Tapi ianya bukan satu kemestian sebab kalo dah ada sewa Pocket wifi personal, tak pelu lagi Wifi Free ni.
Kami dikira beruntung diberikan pocket wifi oleh host tempat yang kami stay..

Note: Dari pengalaman saya public wifi di Korea masih terbaik , dimana pun kita akan senang dpt public wifi.. Di Tokyo ni kebanyakan wifi memerlukan pin & yang free juga agak sedikit slow  .. Jika poket wifi kelajuan nya akan sama dengan di Korea..so lagi elok kalau sewa pocket wifi semasa di Jepun.

Tasik Kawaguchiko aka misi melihat Gunung Fuji
Day 2-11/03/2016-Jumaat

 Jam 6.00 pagi kami meneruskan perjalanan ke Lake kawaguchiko untuk misi melihat gunung fuji dari jarak dekat.. Sebelum ke sana di cadangkan utk kita forecast cuaca terlebih dahulu .. Sb nnt kalo dah sampai dan tak nmpak view mount fuji tu kita akan kecewa.. So Pilih hari yg cerah.

Dari haneda aiport kami menaiki bus terus ke tasik kawaguchiko ini dengan bayaran 2470¥ seorang.. Tiket bole di beli di kaunter yg terdapat di haneda airport.. Dan terus ke level bawah , cari bus stop no.7.



tempat tunggu bas ke Lake Kawaguchiko

.Dengan perjalanan selama 2 jam lebih akhirnya kami smpai di Lake kawaguciko ini..di sepanjang perjalanan ke sana kami dapat lihat salji yg menutupi  rumah2 di sini .. Berada didalam bas juga kami dapat melihat  salji melimpah turun diatas bas yg kami naiki rasa sangat excited time ni..Dengan cuaca <5'c ini dan berkabus tebal kami sedikit eh bukan sedikit, tapi banyak kecewa tak dapat melihat gunung yg amat sinonim dgn negara Jepun ini:(  dah tak ada rezeki kami.

Tapi walau bagaimana pun kekecewaan tu sdikit terubat dengan pengalaman pertama yang kami dapat disitu iaitu bermain salji , melihat dan merasa sendiri snow flakes jatuh atas tangan.

Oishi Park diliputi Salji

pertama kali tengok snow flakes jatuh di atas tangan :)

Dapat merasa snow akhirnya- Oishi Park
Setelah menyimpan luggage bag di loker yang disediakan ( 1 loker  besar muat 2 luggage bag= 600¥) di Kawaguchiko station ini, kami terus ke kaunter bas untuk membeli tiket bas tour ke sekitar tmpat ini dgn harga 1200¥ seorang /pass utk 2 hari..

Tiket 

Bas ini ada 2 line iaitu red n green line.
 Red line - utk ke Tasik kawaguciko, green line  ke Tasik Saiko.jadi buat la pilihan yang terbaik .dan study betul2 yang mana pilihan hati.
 Di kaunter ni,juga kami membeli terus  tiket bas untuk balik smula ke bandar Tokyo yg kami rencana kan sebelah ptg 1750¥ seorang..( kalo harga tiket bas dari shinjuku - kawaguciko return tiket =3500¥ ).lebih murah,tapi macam kami nak jimat masa terus dari Haneda . Dinasihatkan beli tiket pulang ke Tokyo lebih awal, sebab takut tiket habis.

Loker di Tasik Kawaguchiko

Semasa membeli tiket tour ini kita bole merencanakn perjlanan tour disini.. Tour merangkumi beberapa pit stop yg rata2. nya sangat dekat antara 1 sama lain.. Akibat kengkangan masa dan sudah membeli tiket balik ke tokyo jam 3.10 petang kami hanya memilih utk berenti di beberapa pit stop sahaja , antaranya Oishi park..

menelaah peta di sekitar Tasik Kawaguchiko

Setelah seharian mengexplore,di kawasan sekitar .. Kami meneruskan perjalanan balik ke Tokyo utk ke tempat penginapan kami di Komagome-Toshima-Ku (tempah melalui  airbnb)..jam 3.30 petang bergerak ke shinjuku. 

Setelah tiba di Shinjuku kami berjalan kaki sekitar 30 meter ke Shinjuku station,cari signboard. Station Shinjuku ni antara station paling sibuk di Tokyo.

Benda pertama yang kami buat di sini ,adalah membeli kad suica ( seperti kad touch n go) utk digunakan sepanjang kami di Tokyo ini ( untuk naik train dan bole juga di gunakan untuk membeli di convenience store).Kad ini boleh di beli terus di mesin atau di kaunter customer service JR line disini..cari sahaja lambang JR Yamanote (warna hijau).. Kami beli 2000¥.. (Deposit 500¥).. Utk top up kad ini , bole di buat di mana2 mesin yang terdapat di semua JR Line station.



Customer Service kaunter JR lines -tempat beli Kad SUICA
Ini lah rupa SUICA kad

Lihat orang di Stesen Shinjuku yang sentiasa sibuk


Cari lambang JR hijau tu untuk JR Yamanote Line

Mesin tiket - JR Yamanote Line di Stesen Shinjuku

Train JR Yamanote


Laluan JR Yamanote


Sila study laluan yang akan di gunakan.. Kalo di Tokyo bole guna Jr line , Metro line dan juga Toei line..ketiga line ini bole guna kad suica atau pasmo.. Tanpa perlu membeli tiket di mesin setiap kali menaiki train,Bole jimat masa.

Setelah menempuh hari yang panjang sampai juga kami di rumah penginapan kami di daerah Komagome Toshima-ku Tokyo.


tempat tidur ku di rumah Mr Ruichi
* dalam flight dari KL-Tokyo duduk sebelah seorang lelaki Jepun, dia sempat ajar beberapa ayat dalam bahasa Jepun ,siap ajar pronounce lagi..antara yang aku masih ingat :

Sumi masen =Sorry /excuse me!

Dono kurai des ka= How Much ?

To be Continued Part 2-Shinjuku/Harajuku/Shibuya




1 comment:

  1. 'Dari haneda aiport kami menaiki bus terus ke tasik kawaguchiko ini dengan bayaran 2470¥ seorang.. Tiket bole di beli di kaunter yg terdapat di haneda airport.. Dan terus ke level bawah , cari bus stop no.7.'


    asalamualaikum, boleh saya tahu, nak beli tiket bas tersebut di kaunter bernama ada di dalam haneda tu, dan syarikat apa? Boleh dibeli pada pukul berapa sekiranya ingin menaikinya pagi macam puan?

    ReplyDelete