Tuesday 16 December 2014

Hong Kong Trip -PART 2 -DISNEYLAND-

MTR To Disneyland
DISNEYLAND HONG KONG MTR
Assalamualaikum,

DAY 2 -Disneyland Hong Kong- Friday (07/11/2014)

Ini cerita hari ke2 yang sebenarnya adalah main purpose kami ke Hong Kong..

Seawal Jam 8 pagi kami dah keluar dengan penuh excited untuk meneruskan perjalanan kami ke Disneyland HK yang terletak di Pulau Lantau..

Hari ini juga 1st day merasa naik MTR Hong Kong..Jika sesapa yang pernah ke Singapore dan naik MRT..rasa nya tiada masalah dengan route MTR di sini..ianya lebih kurang sama jugak..oh ya 1 tips untuk semua..sekiranya naik escalator tu , dan kalau kita tak jalan laju sila la berada di sebelah kanan..bukan di kiri spt di sini mahupun singapore..
Apapun sebelum naik MTR tu kita mesti la dah baca Route mana untuk ke destinasi yang di tujui..
Saya dah awal-awal download MTR Map ni di handphone sebelum pergi sana lagi..tapi tak jadi masalah kalau tak download pun map tu akan ada di setiap MTR station..tapi bak kata pepatah sediakan payung sebelum hujan..hehe

MTR System Map

Berbalik ke cerita asal..untuk sampai ke  Disneyland ni kalau dari MTR Tsim tsa tsui (red line)-terus ke Lai king (yellow line) - terus ke Sunnybay (pink line) terus sampai Disneyland Station..senang sangat dan cepat..
Masa naik dari Sunnybay tu pun dah excited sangat dengan MTR dia pun dah comel yang amat..

tny's
Octopus card  & Disneyland ticket



Disneyland ni akan di buka dari Jam 10am -9pm, tapi sebelum Jam 9.30 pagi kami dah tiba di perkarangan Disneyland..jadi antara yang terawal ni best jugak tak lah berebut untuk masuk..Alhamdullilah waktu kami pergi tu bukan time Cuti sekolah atau public Holiday so keadaan masih terkawal lagi , walaupun orang ramai juga..Sebelum ke entrance tu dapatkan 'guide map' untuk mendapatkan informasi terkini show time dan aktiviti menarik yang ada masa tu..

Guide Map



Masa kat entrance tu dia akan check bag kita ,sama seperti ke mana-mana theme park gak..baca dari blog ramai yang dah advised jangan bawak makanan banyak sangat takut tak bole bawak masuk..So kami ikut jugak la nasihat dari blogger-blogger yang dah sampai sini..Tapi bawak gak serba sedikit mengharapkan nasib menyebelahi ..Alhamdullilah time ni kami  dapat pekerja yang may be tak strict sangat kot..so lepas la bekalan makanan kami ke dalam...yahoo  jimat duit ;)

Oh ya lagi satu kalau nak lagi memorable sila dapatkan autograph book di souvenir store dalam tu ,untuk ambik autograph character-character yang kita jumpa..cuma kena sabar sikit la untuk beratur setiap kali nk dapatkan autograph atau ambik gambar tu..

Meet Mickey's
Dalam Disneyland ni memang tersangat best..sikit punya luas..kena pandai spot apa yang kita nak tengok,.kalau cuma pergi sehari..kalo nk lagi best dan puas hati, saya advise beli tiket package untuk 2 hari ..

Mesti study dulu before ke sana, ini berdasarkan pengalaman saya yang pernah ke Everland Korea..tak banyak study so banyak show terlepas...tapi untuk Disneyland ni kami dah belajar dari pengalaman..banyak show dapat tengok dan semuanya best.. So kena pandai2 manage time supaya dapat tengok banyak shows dan boleh pergi semua lands..

Hong Kong Disneyland terbahagi kepada 7 lands. Setiap lands ada keistimewaan tersendiri.. Antaranya:

a)Mainstreet-
ANIMATION ACADEMY- kat sini kita boleh tengok history about Disney's dan belajar tentang animations. Dekat luar Animation Academy ni, akan ada beberapa Disney Characters jalan2.. seperti Mickey Mouse, Chipmunks dan sebagainya.. Kalau nak ambil gambar dan dapatkan autograph diorang, kena beli buku autograph di souvenir shop berdekatan.

Dekat mainstreet ni akan berlangsungnya FLIGHT OF FANTASY PARADE (jam 3petang). Lokasi paling best adalah dekat Town Square (tengah2 antara jalan untuk ke Adventure Land, Fantasyland dan Tomorrowland). Sila berada awal supaya boleh berada di barisan depan, kalu tak, nanti tak berapa nampak sangat shows and Disney Characters lalu.


Antara Flight of Fantasy Parade show


Kemudahan Solat- pergi ke Information Center, minta kebenaran untuk pinjam bilik untuk solat.. Bilik yang diberikan tersangat lah besar dan selesa. Cuma untuk ambil wudhuk kena pergi ke bilik air berdekatan.. Staffs sana pun macam dah tau aje, pengunjung Muslim akan kesana untuk mintak kebenaran untuk menunaikan solat. Diorang pun sangat2 helpful.

Kalau nak shopping souvenirs, kat sini lah tempat nya.. Souvenir shop nye besar sangat.. Nak makan makanan Halal pulak boleh ke Corner Cafe.




b)Adventure Land-

FESTIVAL OF LION KING SHOW- persembahan broadway- ada nyanyian, tarian, all in English.. Showtime 12pm, 2pm, 4.30pm and 6pm

Cruise Ride experience


itulah Tarzan House..
JUNGLE RIVER CRUISE- small cruise untuk bawak kita pusing keliling tasik melalui Tarzan's House (bagi sesiapa yang nak naik Tarzan's House tu kena ambil lain rafts untuk ke sana), dan banyak lagi nice views untuk dilihat lah.. Pilih cruise yang tourist guide nye boleh explain in English. Kalau tak diorang xplain in Chinese, menganga jelah kita sebab x paham apa2... hehee.. Alang2 dah sampai rugi x naik, sebab tengah2 perjalanan dekat area bukit2 tu akan keluar api dan asap.. fuhh bestt...

kat sini la kalau nak naik raft ke Tarzan House. Opposite tu adalah  theater hall untuk show lion king. Tahitian Cafe pun area2 sini jer..

Tahitian Cafe- di sini antara restaurant yang meyediakan makanan Halal. Landscape kat area food corner ni sangat cantik.. penuh dengan rimbunan pokok2..

c)Tomorrow Land-

Haa... Dah boleh enter the world of Tomorrow..
Kat this land rasanya more untuk orang2 dewasa.. ada banyak games yang mencabar, seperti Space Mountain (macam rollercoster gak. Disarankan ambil fastpass sebab ramai orang queue), Buzzlightyear auto blazer, Autopia etc etc.. kat sini pun ada souvenir shop yang mostly jual items untuk character2 'tomorrow'.. kami tak berapa sure sangat nama2 characters tu.. hehee..
Kat sini kami tengok show STITCH ENCOUNTER. Showtime bergantung kepada language preferred. Kelakar show ni, Stitch tu play games with audience..
entrance for Tomorrow land


d)Fantasy Land-
with Minnie Mouse..

Tempat paling best dan wajib untuk allocate masa yang sangat lama disini. Selain ada banyak games untuk kanak2, ada banyak shows yang mesti di lihat.. Di sini juga terletak SLEEPING BEAUTY castle dan juga Fantasy Garden. Akan ada banyak sangat Disney characters kat area sini seperti Cinderella, Sleeping beauty, snow white, mickey & minnie mouse, donald duck dan banyak lagi.. jangan lepaskan peluang untuk bergambar bersama mereka sebab diorang sangat sporting dan ada yang nakal mengusik, terutama kanak2..




Antara shows di Fantasy Land:
ADVENTURE OF WINNIE THE POOH- ambil fastpass di kaunter berdekatan. Dengan adanya pass ni kita boleh cut queue, so cepatlah sikit boleh naik ride untuk enter the world of winnie the pooh..
MICKEY PHILHARMAGIC 4D ANIMATION SHOW-sangat best don't miss.. refer showtime pada petugas. sebelum masuk kita akan diberikan 4D glasses, baru la nampak happening shownye nanti..

kena pakai cermin mata kuning 4D ni yea..

THE GOLDEN MICKEY SHOW- show ni mixed chinese and english. tapi ada screen untuk subtitle.. best show ni, macam2 Disney Characters masa ni.. Lokasinye sikit jauh, dekat storybook theatre. showtime 12.45pm, 1.45pm, 3.45pm, 4.45pm and 6pm. Kena berada disini at least setengah jam sebelum show sebab queue tersangat panjang.. maybe sebab show in chinese language kot..

dari luar its a small world

ITS A SMALL WORLD- berdekatan dengan sturybook theatre ni aje. Kita akan naik ride untuk pusing2.. sangat cute dan best jugak la show nye..


e)Toy Story Land- sini pun banyak games untuk orang dewasa.. Kalau nak  jumpa Woday, Buzz Lightyear kat sini la tempatnya.. Antara games yang famous kat sini- Toy soldier parachute drop, slinky dog spin dan RC racer.. kami tak pergi pun sini sebab taknak main games.. hehee..

signboard untuk ke grizzly gulch (cowboy town) mystic point (mysterious land) dan route to Toy story land. Follow jer signbaord penunjuk arah.. confirm takkan sesat..


f)Mystic Point- MYSTIC MANOR-sini banyak benda2 mystics.. memang best.. akan ada ride yang membawa kita tengok banyak benda2 mystical and magical (not horror, so don't worry bagi penakut2 hantu sekalian.. hehee).
Kalau masih lapar- nak makan boleh la singgah Explorer Club Restaurant (banyak makanan Asian disini- korean, japanese, indonesian etc delicasies


g)Grizzly Gulch-
enter the Cowboy world

sini macam cowboy town.. Akan ada cowboy2 nyanyi country songs dan ada western dancing juga. Kat sini kami naik rollercoster (Mountain mining cars namanya).. Mula2 naik rasa cam biasa, so saje jer jerit nak bagi excited. Tiba2 di pertengahan jalan rollercoster tu mengundur pastu dia speeding up yang laju giler.. haa..baru lah thrill, sampai sakit tekak menjerit okayyy...

Last sekali- jangan lepaskan peluang melihat show penutup DISNEY IN THE STAR FIREWORKS dari townsquare main street. Berlangsung jam 8-8.30pm.. Fireworks tu disekitar Sleeping beauty castle tu..

TIPS:
1)study map lokasi setiap lands, supaya kita boleh pergi setiap lands dan x pergi jalan jauh atau perlu berpatah balik.. so far kalau ikut seperti yang kami suggest, boleh la cover semua lands dalam masa satu hari.. kalu tak, kena la datang lagi..
2)jaga masa-jangan lepaskan peluang untuk tengok shows. sebab setiap shows ada keistimewaan tersendiri.. tak rugi untuk tengok pun..


sekian..Wasalam...              TO be continue 3rd day in HK..Madame tussaude/The pEak/Sky Teracce

No comments:

Post a Comment