Assalamualaikum...
Ini adalah catatan perjalanan saya ke Hong kong November 2014..baru sempat nak menulis selepas lebih seminggu balik...
Sedikit tips sebelum perjalanan, especially untuk yang jalan-jalan tanpa mana-mana travel agensi..
a.Banyakkan bacaan & goggle tempat yang anda akan lawati..,baca blog yang berkaitan juga..
b.Forecast cuaca
c.Tukar duit secukupnya
d.Booking tempat penginapan awal
DAY 1
08/11/14 -Khamis
Dari KLIA2 sehingga tiba di Hong Kong International Airport alhamdullilah semua lancar...Perjalanan mengambil masa lebih kurang 3 jam 50 minit..
Jam 10.50am kami selamat tiba di HK International Airport...View masa nak turun sangat cantik ..nampak laut dan gunung ganang juga...excited mood time ni, ye la fisrt time sampai sini katakan ;)
First sekali :
Beli Octopus Card di Arrival Hall Terminal 1 ..Level 5.. di Customer service counter..
Customer Service Counter ni tempat beli Octopus Card (HKD250 estimation untuk 6 days journey) & juga Tiket ke Disneyland Hong
Kong (HKD420)..Recommended untuk beli Tiket Disneyland di sini kerana ianya lebih murah berbanding di counter masuk atau di hotel..ini berdasarkan survey yang saya buat..Kami meneruskan perjalanan ke Hotel kami di Tsim Tsa Tsui area yang terletak di pulau Kowloon..kami bertiga decided untuk naik bas..walaupun plan awal nak naik MTR...last minit tukar..
So terus ke Bus station di Hall B on Arrival Hall Level 5 cari bas No A21 ke Nathan Road
Dari customer service counter tadi tersangat senang nak ke bus station ni..terus ke kiri turun bawah dah ada banyak signboad nombor-nombor bus kat situ...
..
Bus Stop A21 ke Nathan Road, Tsim Tsa Tsui.Tambang Bas HKD33, touch Guna Octopus kad dalam bas .Pastikan tengok destinasi kita nak turun di screen dalam bas.Kami turun di bus stop No.14.
Selepas check in & rehat seketika ..Kami meneruskan misi untuk mencari Masjid Kowloon..yang terletak tersangat dekat dengan hotel Kami...Masa naik bas sebelum sampai hotel tadi dah nampak Masjid ni ..so tak jadi masalah untuk mencarinya..Alhamdullilah..
Jam 5 petang cuaca dah agak gelap kami meneruskan perjalanan hari pertama ke
Avenue of Stars..dari Masjid Kowloon kami Jalan kaki ke Avenue of Stars lebih kurang 15 minit.
ikut signboard..memang tak sesat la..
Setelah berjalan sambil menghirup udara dingin Hong kong sampai juga kami di Avenue of Stars ni..So kami Jalan-jalan dulu ke 'Walk of Fame' sambil menunggu jam 8 malam untuk melihat "Symphony of Light'..(laser di iringi music)
Cadangan ,kalau nak tengok lebih cantik dan clear Symphony of Light sila berada di area Clock Tower .
Itu la saja catatan Hari pertama kami di Hong kong..to be continued
DAY 2- Disneyland Hong Kong i'm cominnngggg...!
-TBC-
No comments:
Post a Comment