Walaupun trip ni dah lebih 1 tahun berlalu..tetapi masih selalu bermain di ingatan...anyeonghaseyo...
Hmmm bila la dapat ke sana lagi...? insyallah ada rezeki pasti aku kesana lagi...
Untuk tidak dilupakan begitu sahaja memory indah ini..biarlah aku coret kan sebagai kenangan terindah 2013..*ayat masa skolah..
Trip to SEOUL Sept 2013 -1st DAY
18/9/13-
Dengan penerbangan AA .. jam 9.15am kami bertolak dr LCCT ke incheon...
Alhamdulilah lepas 6 jam perjalanan, kami selamat tiba di Incheon International Airport..
First time menjejakkan kaki di negara K-POP ni..rasa cam tak percaya pulakkk...
Perkara pertama yang kami semua buat bila tiba di airport ni masing2 sibuk meng ON kan Handphone ..WOW tersangat laju nyee wifi...apa lagi check in la kihkihkih...
Selepas ambik luggage ..kami meneruskan perjalanan untuk ke Guest house kami yang terletak di Itaewon..Sebelum tu beli kad 'T MONEY' (2,500 won) (macam touch n Go kad ) ... beli di arrival hall Convenience store.. Ada yang dah Start beli Susu Pisang yang ter sangat best tu time ni...hehe..
Walaupun plan asal kat itenarary nak naik MRT ke Guesthouse di Itaewon, tapi entah la last minit ubah fikiran untuk naik bas pulak....may be time tu dah tak bole focus sebab ramai sangat pilot/steward dan mat-mat kaki panjang yang lalu..adoiii..cairrr...
So, menunggu bas 6030 untuk ke Itaewon ni sikit punya lama entah la mungkin disebabkan time ni Chuseok Day kat korea..tapi tak pe ramai pilot-pilot hensem lalu...hehe oh ya tiket bas bole di beli di kaunter depan tempat menunggu tu je...
Perjalanan dari Airport ke Itaewon mngambil masa lebih kurang sejam ,ini adalah kerana driver bas sempat berhenti untuk berehat 10-15min.....pelik macam perjalanan jauh pulak..kami berhenti di depan hotel Hamilton, itu pun siap bagitau driver bas awal-awal..walapun bercakap cam Itik & ayam sampai jugak kami di Itaewon..
Merasalah jadi orang Korea jap..jalan kaki panjat bukit...tapi best udara dingin je & kaki pun bole kecik..huhu
Guest house kami ines inn Itaewon...sangat selesa & jimat...highly recomended :)